Mangsa banjir di Perak semakin menurun - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Perak semakin menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatat penurunan kepada 192 orang hari ini berbanding 213 orang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka yang menempatkan mangsa banjir dari 47 keluarga.

Menurutnya, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai yang dibuka Ahad lalu masih aktif dengan 87 mangsa daripada 22 keluarga.

“PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan menempatkan 74 mangsa banjir daripada 19 keluarga.

“Manakala PPS SK Kayan, Manjung masih terdapat 30 mangsa daripada enam keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai di daerah Kerian yang menempatkan 168 orang daripada 69 keluarga ditutup setelah dibuka sejak Jumaat lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya