Mangsa banjir di Perak bertambah - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Perak bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatat pertambahan kepada 378 orang sehingga pukul 4 petang ini berbanding 315 orang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, kesemua mangsa banjir yang dipindahkan hari ini melibatkan 120 keluarga kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, PPS di SK Parit Haji Aman, Bagan Serai yang dibuka sejak 20 November lalu kekal menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 169 orang daripada 69 keluarga.

Katanya, ini diikuti PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai seramai 107 orang daripada 25 keluarga.

“Di PPS SK Kayan, Manjung terdapat 30 mangsa daripada enam keluarga.

“Satu PPS dibuka iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pada pukul 11 malam semalam yang menempatkan 72 mangsa daripada 20 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, PPS SRAR Ngah Ibrahim di daerah Larut, Matang dan Selama yang menempatkan 42 mangsa daripada 13 keluarga sejak 20 November lalu, ditutup pada pukul 8.45 pagi ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya