Mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat kepada 96 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat kepada 96 orang

ANGGOTA APM sedang memantau lokasi banjir rumah penduduk di sekitar Kuala Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Jumlah mangsa banjir di sekitar daerah ini meningkat daripada 68 kepada 96 orang sehingga petang tadi.

Peningkatan itu berikutan limpahan air yang masih berlaku akibat hujan lebat dan memasuki kediaman penduduk.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, lokasi banjir itu melibatkan 

Jalan Rezab Derahman, Jalan Tahir Manan, Jalan Parit Omar, Jalan Rizab Zazuli dan Jalan Cenderawasih.

Jelas beliau, semua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Maharajalela.

“Mangsa banjir daripada 27 keluarga itu terdiri daripada 54 lelaki dan wanita dewasa serta 30 kanak-kanak.

“Selain itu, mereka melibatkan lima warga emas, lima bayi dan dua orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Shaiful Azril, pemantauan pihaknya mendapati cuaca dalam keadaan baik namun paras air di lokasi banjir masih statik.

“Hujan tidak menentu antara faktor utama berlaku kekerapan banjir akibat limpahan air.

“Mangsa akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan dipastikan selamat sepenuhnya kelak,” ujarnya.

Sejak 18 November lalu, lebih 200 penduduk telah dipindahkan ke empat PPS di daerah ini selepas kediaman mereka dilanda banjir.

Banjir setinggi 0.3 meter itu turut melibatkan Kampung Seri Sentosa, Kampung Sri Aman, Kampung Parit Mahang di Ijok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya