Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama komunikasi  - Utusan Malaysia

Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama komunikasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua negara khususnya dalam bidang komunikasi maklumat, ekonomi digital dan keselamatan siber dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan media bersama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Suriani Ahmad dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura, Yong Ying-I berkata, perkara itu dicapai ketika mempengerusikan 4th Joint Committee Meeting (JCM), hari ini yang dihoskan Malaysia pada kali ini.

Kedua-dua pihak turut bertukar maklumat dan pengalaman yang dilakukan kerajaan masing-masing dalam usaha berkaitan komunikasi membabitkan Covid-19.

Suriani dan Yong turut mengakui bahawa mesyuarat JCM menjadi saluran penting dalam usaha memperkukuhkan kerjasama antara dua negara walaupun menghadapi kesukaran akibat pandemik yang kini melanda dunia. 

“Adalah sangat pentingnya kerjasama yang berterusan dan pelaksanaan projek digital yang dapat memperkukuhkan kemajuan kedua-dua negara dari wabak tersebut. 

“Peningkatan penggunaan teknologi digital ketika ini adalah peluang untuk kedua negara memperkukuhkan ekonomi digital dan memperkasakan hubungan perniagaan dan rakya,” katanya. 

Penganjuran mesyuarat seterusnya akan dihoskan oleh Singapura pada tahun hadapan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN