Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke loji Jeddah - Utusan Malaysia

Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke loji Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan peluru berpandu yang jelas sengaja menyasarkan fasiliti minyak milik kerajaan di Jeddah, Arab Saudi awal pagi Isnin lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini, Malaysia menegaskan sokongan dan solidariti persaudaraan dengan kerajaan Arab Saudi bagi tangkis sebarang serangan atau ancaman.

“Serangan tersebut jelas mencabuli undang-undang antarabangsa serta menjejaskan usaha keamanan dan proses kestabilan di rantau berkenaan,” kata kenyataan Wisma Putra lagi.  

Malaysia turut mendesak semua pihak supaya kekal menghindari sepenuhnya tindakan provokatif sambil menyeru penyelesaian perdamaian untuk konflik di Yaman melalui sesi dialog.

Agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA melaporkan, serangan peluru berpandu Quds 2 pada pukul 3.50 pagi waktu tempatan itu menyebabkan kebakaran besar di sebuah tangki minyak.

Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya memadamkan api sekitar 40 minit dan tiada korban jiwa meskipun berlaku kerosakan agak besar di tangki yang berkapasiti 500,000 tong itu.

Jurucakap kumpulan pengganas Syiah Houthi di Yaman yang disokong Iran, Yahya Saree menerusi kenyataan media kemudian mengakui pihaknya sendiri sebagai bertanggungjawab.

Syarikat petroleum tempatan, Saudi Aramco namun mengesahkan serangan di utara Jeddah itu tidak jejas bekalan minyak domestik dengan operasi disambung tiga jam selepas diserang.

Loji pengedaran itu mengandungi 13 tangki tetapi kebanyakan kemudahan pengeluaran dan eksport minyak terletak jauh di wilayah timur Arab Saudi kira-kira jarak lebih 1,000 kilometer.

Serangan tersebut kebetulan berlaku kurang dua minggu selepas kebakaran dekat platform terapung terminal minyak di wilayah Jazan yang turut tidak menyebabkan kemalangan jiwa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya