Malaysia gembira Azerbaijan-Armenia akhiri perang - Utusan Malaysia

Malaysia gembira Azerbaijan-Armenia akhiri perang

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menyambut baik perjanjian damai yang dimeterai antara dua negara berjiran di rantau Asia Tengah iaitu Azerbaijan dan Armenia pada 9 November lalu.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, Putrajaya malahan berharap proses itu bakal mengakhiri tindakan aktif ketenteraan di sekitar wilayah Nagorno-Karabakh.

“Kami turut menghargai usaha penting yang dilakukan oleh kerajaan Rusia sebagai perantara dan kemudian berjaya merintis kepada perkembangan positif tersebut,” jelas Wisma Putra.

Malaysia turut menyertai masyarakat sejagat dalam menyeru setiap pihak bertelagah untuk mengekalkan status perjanjian berkenaan dan meneruskan siri perbincangan berterusan.

Pemeteraian bersejarah tersebut ujar Wisma Putra, membuktikan konflik antara dua negara yang bermusuhan sejak sekian lama itu boleh dicapai melalui proses dialog dan diplomasi.

“Gencatan perseteruan itu juga adalah sejajar prinsip undang-undang antarabangsa dan beberapa resolusi dikeluarkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu,” tegasnya.

Pertempuran Nagorno-Karabakh yang tercetus pada 27 September lalu berakhir secara rasmi melalui memorandum persefahaman ditandatangani pemimpin dua negara itu dan Rusia.

Konflik berdarah itu yang meragut hampir 5,000 nyawa termasuk orang awam, menyaksikan kemenangan Azerbaijan apabila menakluk banyak lokasi strategik dekat sempadan Armenia.

Kekalahan amat memalukan Armenia yang tidak dijangka, turut menyebabkan ribuan rakyat negara itu melancarkan protes ganas dengan menawan bangunan kerajaan dan Parlimen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya