Majikan boleh mohon rekalibrasi PATI mulai 16 November - Utusan Malaysia

Majikan boleh mohon rekalibrasi PATI mulai 16 November

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak majikan yang berminat ingin memohon menyertai program rekalibrasi pendatang asing tanpa izin (PATI) boleh berbuat demikian mulai 16 November ini.

Ia susulan pengumuman mengenai pelan tersebut oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 12 November lalu yang akan diurus Jabatan Imigresen Malaysia.

“Justeru, majikan boleh hantar permohonan melalui e-mel [email protected] bermula tarikh itu,” jelas Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud menerusi kenyataan.

Majikan terbabit ujarnya, perlu mengemukakan surat permohonan berserta lampiran lengkap profil syarikat dan maklumat pekerja berstatus PATI yang ingin diminta menyertai program itu.

Semakan akan dibuat pihak jabatan itu bagi memastikan majikan bukan dalam senarai hitam selain hanya empat sektor diizinkan iaitu perkilangan, pembinaan, pertanian dan perladangan.

Pemohon ujarnya, perlu melayari laman sesawang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di pautan http://jtksm.mohr.gov.my/ untuk maklumat urusan di bawah jabatan itu.

“Pihak Imigresen turut membuat pengumuman dari semasa ke semasa berhubung program ini meliputi rekalibrasi pulang dan rekalibrasi tenaga kerja,” kata Khairul Dzaimee.

Orang ramai yang ada sebarang permasalahan boleh mengemukakannya melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) yang boleh dicapai menerusi pautan http://eapp.imi.gov.my/spo.

Hamzah ketika mengumumkan program itu berkata, ia bermula 16 November hingga 30 Jun tahun depan bagi memulihkan sektor ekonomi yang terjejas teruk akibat isu wabak Covid-19.

Kerajaan pada 21 Oktober lalu, kata beliau bersetuju dengan cadangan Pelan Rekalibrasi bagi PATI boleh pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya