Mahu pinjam RM10,000 tapi rugi RM52,500 - Utusan Malaysia

Mahu pinjam RM10,000 tapi rugi RM52,500

MOHD. WAZIR MOHD YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Mulanya hendak pinjam RM10,000 daripada ah long Facebook, tetapi akhirnya kerugian hingga RM52,500.

Kejadian bermula apabila seorang pemandu lori di daerah ini berminat memohon pinjaman sejurus melihat iklan di laman sosial Facebook.

Lelaki berusia 43 tahun itu mengetik pautan iklan tersebut sebelum disambung ke aplikasi WhatsApp dan berurusan dengan suspek bernama Mudah Chong pada 17 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa menyerahkan maklumat peribadi seperti diminta suspek.

“Mangsa diminta membuat pelbagai bayaran bagi mendapatkan pinjaman. Bermula 4 November hingga 20 November, mangsa membuat 19 transaksi pembayaran melibatkan tiga akaun bank. 

“Jumlah wang dipindahakan adalah RM52,500. Mangsa berasa tertipu apabila tidak menerima wang pinjaman yang dijanjikan,” katanya.

Kes tersebut dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN