Lulus Belanjawan 2021 demi rakyat, negara - Utusan Malaysia

Lulus Belanjawan 2021 demi rakyat, negara

ISMAIL MOHAMED SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAU: Kelulusan Belanjawan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam membuktikan kematangan majoriti ahli parlimen yang jelas mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, dengan beberapa pengubahsuaian dibuat, kelulusan belanjawan itu membuktikan kerajaan fokus dalam membela nasib rakyat dan merangsang ekonomi negara.

“Kita bersyukur dan berterima kasih terhadap kematangan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN), Pas dan juga lain-lain parti politik yang bersepakat meluluskan Belanjawan 2021 peringkat dasar melalui sokongan majoriti.

“Semua wakil rakyat walaupun berbeza pandangan dan politik tetapi mereka boleh berkompromi untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas program pemimpin dan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Sharil Azman Abdul Halim. 

Ismail berkata, sebagaimana ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Belanjawan 2021 cukup penting bagi kembali menjana ekonomi negara yang terkesan ekoran pandemik Covid-19. 

“Belanjawan 2021 juga penting bagi membantu semua golongan seperti petani, nelayan, pekebun kecil, warga peneroka Felda, kakitangan kerajaan, swasta, peniaga dan lain- lain untuk meneruskan kehidupan selesa,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya