Lima lelaki warga tempatan ditahan edar, jual rokok seludup - Utusan Malaysia

Lima lelaki warga tempatan ditahan edar, jual rokok seludup

ROKOK seludup dan kenderaan yang dirampas dalam beberapa siri serbuan oleh Batalion 4 PGA PDRM semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan berani dua lelaki membuka gerai berpayung dengan menjual rokok seludup membawa padah apabila mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu serbuan di Jalan Kajang Indah, Kajang dekat sini semalam.

Malah, dalam serbuan bermula pukul 4.30 petang itu, polis berjaya menahan tiga lagi lelaki dipercayai rakan perniagaan mereka di sebuah kediaman yang dijadikan stor.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintenden Rizal Mohamed berkata, pihaknya telah melakukan risikan selama sebulan dan menahan dua lelaki di gerai berpayung serta merampas sejumlah rokok seludup untuk jualan. 

Menurutnya, siasatan telah membawa kepada serbuan di dua rumah di Kajang Prima dan Mahkota Cheras dekat sini.

“Hasil serbuan telah berjaya menahan tiga lelaki di rumah di Kajang Prima yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan dan pengedaran rokok seludup. Kita turut merampas 445,040 batang rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM321,927.

“Turut dirampas dalam serbuan ini ialah beberapa barangan seperti kenderaan, telefon bimbit dan wang tunai turut dirampas yang dianggarkan bernilai RM580,354,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rizal berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 64 tahun yang merupakan warga tempatan bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967. 

“Kita menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan kewujudan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya