Lima kapal dagang asing diusir ceroboh Perairan Tompok Utara

Lima kapal dagang asing diusir kerana ceroboh Perairan Tompok Utara

KAPAL dagang asing diusir Maritim Malaysia kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tompok Utara berhampiran Kota Tinggi, semalam. - IHSAN MARITIM MALAYSIA JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perairan Tompok Utara berhampiran Kota Tinggi sekali lagi diceroboh apabila lima kapal dagang asing diusir keluar Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor semalam.

Kapal berkenaan dari Indonesia, Dominica, Palau, Panama dan Liberia didapati tidak mempunyai kebenaran bersauh oleh Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, sebuah kapal ronda Maritim Malaysia telah ditugaskan mengusir kapal-kapal dagang itu dari perairan Tompok Utara dalam satu operasi semalam.

Katanya, perairan itu sering menjadi kawasan tumpuan bagi kapal-kapal dagang untuk bersauh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

“Perairan Tompok Utara telah menjadi kawasan tumpuan berikutan kebanyakan negara mengambil langkah sekatan pergerakan keluar masuk di pelabuhan utama. 

“Keadaan ini menyebabkan kapal-kapal dagang mengambil kesempatan untuk bersauh di sekitar perairan Malaysia tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nurul Hizam memaklumkan sepanjang bulan November, Maritim Malaysia telah mengusir sebanyak 23 kapal dagang di perairan Tompok Utara.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menahan sebanyak lebih kurang 17 buah kapal dagang di perairan Johor Timur sepanjang tahun 2020.

“Diingatkan juga bahawa perairan Permatang Timur (Eastern Bank), Beting Ramunia (Ramunia Shoal) dan Tompok Utara (North Patch) masih berada dalam Zon Maritim Malaysia.

“Kawasan itu bukannya perairan antarabangsa walaupun jaraknya melebihi 12 batu nautika dari daratan terdekat.

“Justeru itu sebarang aktiviti di perairan tersebut perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa Malaysia bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil,” ujar.

Sebarang aduan jenayah maritim di perairan Johor segera hubungi talian 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor menerusi talian 072199404. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya