Lelaki terpisah dengan keluarga di Singapura meninggal dunia - Utusan Malaysia

Lelaki terpisah dengan keluarga di Singapura meninggal dunia

ANGGOTA bomba membuka kunci pintu rumah bagi mengeluarkan warga emas yang ditemukan meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Taman Pelangi. -Gambar Bomba Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Warga emas yang terpisah lebih lapan bulan dengan keluarganya di Singapura ditemukan meninggal dunia keseorangan di rumahnya di Taman Pelangi di sini hari ini.

Difahamkan mangsa, Er Chiang Seng, 77, tinggal seorang diri di rumah dua tingkat tersebut memandangkan keluarganya kini berada di Singapura. 

Menurut jiran mangsa, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila mendapati pintu belakang rumah mangsa terbuka.

Jirannya itu kemudian mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas sebelum menghubungi pihak polis dan bomba pada pukul 10.44 pagi untuk mendapatkan bantuan.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Nordatul Badrol Abd. Rahman berkata, seramai 11 anggota dengan kekuatan dua jentera telah dikejarkan ke rumah warga emas itu sebaik menerima panggilan pukul 10.44 pagi.

Beliau berkata, ketika pihaknya tiba di tempat kejadian mendapati lelaki warga emas tersebut terbaring tidak sedarkan diri dalam tandas.

“Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang tiba membuat pemeriksaan kemudian mendapati warga emas itu sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis dan operasi berkenaan tamat pada jam 11.29 pagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya