Lelaki pecah lapan tabung masjid, surau dicekup

Lelaki pecah lapan tabung masjid, surau dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kelicikan seorang lelaki berusia 25 tahun yang aktif memecah masuk surau dan masjid serta mencuri wang tabung sekitar Merlimau dan Serkam akhirnya tumpas apabila dia ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Jasin, pada 3 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Superintenden Fadilah Mohd. Nor berkata, pihaknya percaya penangkapan lelaki berkenaan berjaya menyelesaikan lapan kes pecah tabung masjid dan surau sejak Oktober lalu.

Menurutnya, lelaki yang tidak bekerja itu ditangkap di sebuah rumah di Taman Serkam Jaya dekat sini diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jasin, Asisten Superintenden Azmi Ali kira-kira pukul 10 malam.

“Berdasarkan siasatan ke atas lelaki itu, dia mengaku memecah tabung masjid dan surau di sekitar Merlimau dan Serkam.

“Lelaki itu turut membuat pengakuan menjalankan kegiatan jenayah itu antara pukul 2 hingga 4 pagi secara seorang diri,” katanya ketika ditemui di IPD Jasin di sini hari ini.

Menurut Fadilah lagi, lelaki itu telah menggunakan wang tabung masjid dan surau yang dicurinya untuk bermain judi dalam talian.

Sehubungan itu ujarnya, lelaki tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, Jumaat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN