Lelaki maut tergelincir dalam sungai ketika berkebun - Utusan Malaysia

Lelaki maut tergelincir dalam sungai ketika berkebun

ANGGOTA bomba membawa mayat M. Anbarsan yang mati lemas di Sungai Penggeli berhampiran Ladang Pekan Layang-Layang, Kluang, Johor hari ini. - BOMBA JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang pemilik kebun mati lemas setelah tergelincir ke dalam Sungai Penggeli di Ladang Pekan Layang-Layang di sini hari ini.

M. Anbarsan, 39, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu ketika melakukan kerja di kebunnya yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Renggam, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd. Yusoff berkata, mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dilaporkan jatuh.

“Mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 9 pagi dan dia ditemukan lemas selepas tersangkut pada tunggul kayu.

“Mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja di dalam kebunnya yang terletak berhampiran sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, terdahulu Pasukan Bomba dan Penyelamat Renggam menerima maklumat kejadian pukul jam 9.03 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di lokasi, didapati benar berlaku kejadian lelaki dilaporkan jatuh ke dalam Sungai Penggeli dan kerja pencarian kemudian menggunakan teknik Water Surface dan Skindive,” katanya.

Menurut Asyraf Nur, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan kira-kira pukul 1.35 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya