Lanjutan sistem insurans pekerjaan - Utusan Malaysia

Lanjutan sistem insurans pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketika ini Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menanggung pekerja yang kehilangan pekerjaan melalui pemberian Elaun Mencari Pekerjaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, elaun itu diberi selama enam bulan di mana bulan pertama layak menuntut 80 peatus gaji dan secara beransur-ansur berkurang kepada 30 peratus gaji.

“Sehubungan itu, bagi 2021, tempoh Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama tiga bulan dan kadar layak menuntut daripada 80 peratus gaji bagi bulan pertama, 50 peratus bagi bulan kedua hingga keenam dan seterusnya 30 peratus bagi tiga bulan terakhir,” katanya.

Katanya, untuk tujuan itu peruntukan sebanyak RM150 juta akan disediakan dan dijangka memanfaatkan sehingga 130,000 pencari kerja.

“Bagi membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat keadaan eknomi yang terjejas susulan Covid-19, bagi tempoh dua tahun taksiran, had pengecualian cukai pendapatan bagi bayaran pampasan atas kehilangan pekerjaan akan dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000 setiap tahun genap perkhidmatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya