Laluan terhalang tanah runtuh di Pangkor - Utusan Malaysia

Laluan terhalang tanah runtuh di Pangkor

KEADAAN jalan yang runtuh akibat hujan lebat berterusan Pulau Pangkor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Laluan dari Pasir Bogak ke Teluk Nipah di Pulau Pangkor terputus apabila sebahagian laluan berbukit di Jalan Teluk Ketapang di situ mengalami runtuhan hari ini.

Kejadian yang mengakibatkan jalan raya di bahagian tebing bukit menjadi rebak berlaku awal pagi ini dipercayai akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki pada pukul 3.25 pagi memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teluk Ketapang menghala ke Teluk Nipah.

“Tanah runtuh tersebut telah menyebabkan jalan raya utama yang menghubungkan Pasir Bogak ke Teluk Nipah telah mengalami kerosakan.

“Berikutan itu, pihak Bomba, Majlis Perbandaran Manjung  (MPM) dan Jabatan Kerjaraya (JKR) telah dihubungi dan kerja pembaikan akan dilakukan oleh pihak JKR,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata,  tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu dan buat masa sekarang semua jenis kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut demi keselamatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Shah Al Haffiz Mohd Redzuan berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi itu bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya