Laksana program makanan percuma sekolah rendah - Utusan Malaysia

Laksana program makanan percuma sekolah rendah

FIRDAUS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) mencadangkan kerajaan menyediakan peruntukan dalam Bajet 2021 untuk melaksanakan program makanan percuma kepada murid sekolah rendah seluruh negara.

Presidennya, Datuk Firdaus Abdullah berkata, langkah itu penting demi memastikan usaha melahirkan masyarakat berwawasan dapat dijayakan dan perlu bermula dari sekolah rendah.

“Melalui kajian, kita dapati berlaku perkembangan tidak sihat apabila murid golongan miskin hanya mampu melihat rakan-rakan mereka yang berkemampuan membeli pelbagai jenis makanan di kantin sekolah.

“Ini sesuatu yang tidak sihat kerana murid bawah umur 12 tahun, mereka tidak faham, tidak tahu masalah dihadapi keluarga. Bagi mereka jika lapar, mereka memerlukan makanan.

“Makanan penting kepada murid sekolah rendah, jadi kita rasa kerajaan perlu mempertimbangkan pemberian makanan percuma kepada semua murid sekolah rendah dalam Bajet 2021 nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Firdaus berkata, selain itu Bajet 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini perlu memberi tumpuan utama kepada kos sara hidup rakyat.

Katanya, ini kerana kos sara hidup rakyat semakin meningkat disebabkan pendapatan dan perbelanjaan tidak seimbang.

“Kos barangan keperluan asas tinggi, jadi kerajaan perlu memastikan produktiviti dalam negara ditingkatkan membabitkan semua sektor seperti makanan, minuman dan perindustrian sekali gus rakyat dapat membeli dengan harga seimbang.

“Kerajaan perlu fokus keseluruhannya kepada meningkatkan ekonomi setempat. Aspek pembangunan, infrastruktur kita rasa itu boleh ditangguhkan sementara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya