Kucing Malaysia pun ada program banci sendiri! - Utusan Malaysia

Kucing Malaysia pun ada program banci sendiri!

Pemilik kucing, Ahmad Fadhilat bersama kucing kesayangannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih ratusan ribu ekor kucing di seluruh negara berpeluang menyertai program Banci Kucing Malaysia 2020 yang julung kali diadakan oleh sebuah syarikat tempatan.

Lebih menarik, penganjurnya itu, Reallabs Malaysia menawarkan baucar satu beg produk mereka Real Litter Ultra untuk kucing beristinjak yang bernilai RM19.90 secara percuma.

Menurut hantaran kenyataan syarikat itu menerusi laman sosial rasminya, usaha tersebut dilakukan susulan peningkatan kes pembuangan, penyeksaan dan pembunuhan kucing.

“Sehubungan itu, kami Reallabs Malaysia mengambil inisiatif bagi melakukan pembancian kucing di negara ini,” katanya yang memaklumkan bancian bermula sejak 28 Oktober lalu.

Kenyataan syarikat itu menambah, banci tersebut adalah langkah bagi mengenal pasti saiz, taburan dan komposisi kucing di seluruh negara malahan data dikumpul dianalisis rapi.

Hasil pembancian berkenaan ujarnya lagi, diharap dapat digunakan pelbagai pihak bagi mengekalkan keseimbangan, kesejahteraan dan hak kebajikan semua kucing di Malaysia.

Mereka yang berminat boleh menelusuri laman sesawang rasmi Reallabs Malaysia iaitu www.reallabsco.com/bancikucingmalaysia atau whatsapp terus talian careline 016-2018147.

Individu tersebut hanya perlu menyatakan nama penuh, e-mel, telefon, bandar dan bilangan kucing meliputi jantan dan betina serta umur haiwan berkenaan sebelum 31 Disember ini.

Reallabs Malaysia terkenal menerusi produk penjagaan kebersihan kucing dengan teknologi terkini basmi kuman, nyah bau dan mesra alam yang dipasarkan di rantau Asia Tenggara.

Berdasarkan data terkini pelbagai pihak tertentu, dianggarkan ada lebih 800,000 ekor kucing di seluruh Malaysia termasuk jalanan dan jumlah itu dijangka bertambah pada setiap tahun.

Kajian firma antarabangsa Dalia Research beberapa tahun lalu bahkan mendapati 40 peratus daripada penduduk negara ini memelihara kucing di rumah sendiri secara sepenuh masa.

Ini menjadikan Malaysia berada di tempat keenam di peringkat global daripada 52 negara yang terlibat kajian itu serta unggul di posisi pertama di benua Asia dan rantau Asia Tenggara.

TAMAT

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya