Kuasai ICT- Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Kuasai ICT- Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin (tiga dari kiri) bersama pelajar dalam majlis bantuan institut pengajian tinggi (IPT) luar negara kepada para pelajar Perlis yang akan melanjutkan pelajaran ke Jordan pada penghujung November ini di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Kompleks Islam Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Para pelajar perlu menguasai dan melengkapkan diri dengan kemahiran komunikasi dan penguasaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam berdepan cabaran global berikutan pandemik Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan mahasiswa perlu bersungguh-sungguh mempersiapkan diri bagi menghadapi segala cabaran pasca Covid-19 selepas ini.

“Usaha melengkapkan diri dengan kemahiran yang tinggi termasuk ICT disamping penguasaan sepenuhnya ilmu yang dipelajari harus diberikan keutamaan agar mampu menjadi pelajar yang boleh diterima di alam pekerjaan sekali gus dapat menyumbang kepada pembangunan negeri, negara dan masyarakat,” titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan menyempurnakan majlis bantuan institusi pengajian tinggi (IPT) luar negara kepada para pelajar Perlis yang akan melanjutkan pelajaran ke Jordan pada penghujung November ini anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Kompleks Islam Perlis di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan.

Tambah baginda, penyesuaian diri dengan suasana baharu yang lebih mementingkan penggunaan internet perlu diberikan penekanan dalam dunia digital.

“Dalam dunia digital tanpa sempadan seharusnya diberikan penekanan oleh setiap mahasiswa, tidak kira dalam apa jua bidang pengajian. Penggabungan ini akan menjadikan seseorang mahasiswa itu lebih terkehadapan dalam mendepani segala cabaran pasca penularan Covid-19,” titah baginda.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya