PUTRAJAYA: Sabah masih mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi hari ini iaitu 476 kes mengatasi Selangor, 266 kes dan Kuala Lumpur 191 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhan kes positif baharu iaitu 1,315 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 63,176 kes.
Menurut beliau, terdapat 118 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan dan empat kematian.
“Sebanyak 112 kes yang dilaporkan berkaitan kluster-kluster di pusat tahanan sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (99), Kluster Tembok (8), Kluster
Penjara Reman (2), Kluster Rumah Merah (2), dan Kluster Penjara Kepayan (1),” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE