Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air 24 November - Utusan Malaysia

Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air 24 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 24 November ini.

Menurut kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), gangguan tersebut berlaku selama dua puluh jam setengah bermula pukul 9 malam dan akan pulih sepenuhnya pada pukul 5.30 petang, 25 November.

Jelas kenyataan itu, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama akan dilaksanakan bermula pukul 9.00 malam, 24 November ini.

“Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di paip agihan ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum. Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor meningkatkan perkhidmatan terbaik demi keselesaan pengguna di masa depan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya