KPN beri amaran jangan berterusan layan ‘nafsu buas’, tamak, rasuah - Utusan Malaysia

KPN beri amaran jangan berterusan layan ‘nafsu buas’, tamak, rasuah

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga polis yang tidak mahu kembali ke pangkal jalan dan terus tamak melayan ‘nafsu buas’ dalam aktiviti jenayah dan rasuah akan dipenjara, buang kerja dan turun pangkat.

Demikian amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (gambar) yang sudah ‘puas’ menasihat warganya agar tidak melibatkan diri dengan aktiviti jenayah.

Menurut beliau, kira-kira 23 pegawai rendah polis (PRP) dibuang kerja kerana didapati bersalah terlibat dengan pelbagai salah laku seperti rasuah dan jenayah dalam tempoh tahun lalu sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 21 anggota ditamatkan perkhidmatan pada tahun ini berban­ding tahun sebelumnya hanya dua dibuang kerja,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia semalam.

Katanya, statistik Jabatan Integriti dan Pematuhan Stan­dard (JIPS) mendapati daripada jumlah dibuang tahun ini, enam kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah, diikuti masalah tatatertib (tujuh, jenayah (empat), rasuah (dua) dan sabitan mahkamah (dua).

Abdul Hamid Bador mengesahkan terdapat juga anggota­nya yang berpangkat Superin­tenden diturunkan pangkat kepada Deputi Superintenden dan Inspektor menerusi pertukaran besar-besaran dilakukan PDRM baru-baru ini.

Jelas beliau, bukan mahu menghukum tetapi mana-mana pegawai atau anggota yang didapati bersalah akan dihukum sama ada diturunkan pangkat, buang kerja atau masuk penjara.

“Sudah puas saya menasihati semua pegawai dan anggota agar berhenti melibatkan diri dengan budaya rasuah dan kembali ke pangkal jalan namun masih terdapat mereka yang degil dan tamak.

“Saya tidak menghukum mereka kerana ‘dosa-dosa’ lama tetapi atas perbuatan salah laku yang baru mereka lakukan.

“Cukup-cukuplah dengan melayan ‘nafsu buas’ diri masing-masing dan sedarlah rasuah itu boleh menghancurkan tamadun,” kata beliau.

Kelmarin, Abdul Hamid ketika pelancaran buku Pelan Antirasuah PDRM (PAPDRM) 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial rasmi menegaskan, mana-mana pegawai dan anggota PDRM yang didapati terlibat salah laku
tidak teragak-agak akan diambil tindakan dengan ditamatkan perkhimatan mereka.

Antara kesalahan salah laku itu termasuk mereka yang didapati terbabit dalam jenayah, gejala rasuah serta salah laku yang serius dan berulang (habitual).

Penamatan perkhidmatan itu akan diambil mengikut Peraturan 49: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 kerana imej PDRM kini tercalar dengan penahanan warganya atas kesalahan jenayah, rasuah dan dadah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya