Koperasi pendidikan ceburi perniagaan emas - Utusan Malaysia

Koperasi pendidikan ceburi perniagaan emas

RAZALI Mustafar (dua dari kanan) dan Hishamuddin Abdullah (dua dari kiri) pada majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (KPPMPTB) dan Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Komakmur) di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bagi menjadikan sektor koperasi lebih berdaya saing, Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (KPPMPTB) meneroka peluang perniagaan baharu iaitu emas.

Pengerusinya, Razali Mustafar berkata, ini kerana perniagaan emas memberi kesan tinggi kepada koperasi disebabkan minat orang ramai terhadap emas tidak pernah pudar dan tetap membeli logam itu walaupun berlaku turun naik harga.

Katanya, sebanyak RM1 juta diperuntukkan KPPMPTB untuk membeli emas sebagai permulaan menerusi kerjasama Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Komakmur).

“Usaha sama ini bukan hanya menyasarkan ahli koperasi yang berada di Kuantan malah di tiga daerah lain iaitu Pekan, Rompin dan Muadzam Shah,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama dengan Komakmur di sini semalam.

Yang hadir sama Pengerusi Komakmur, Hishamuddin Abdullah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya