Koperal Norihan tiba di Hospital P.Pinang - Utusan Malaysia

Koperal Norihan tiba di Hospital P.Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Norihan Tari, 39, yang terbabit dalam insiden tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar semalam tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Norihan yang selesai menjalani pembedahan usus di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) semalam dibawa ke HPP untuk membuang tiga peluru iaitu satu pada paru-paru dan dua pada perut.

Beliau dipercayai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejurus tiba dengan ambulans dengan ditemani  dua anggota keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika ditemui di HPP turut mengesahkan anggota terbabit akan dirawat di HPP.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi semalam, Norihan dan seorang lagi anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkena tembakan dipercayai oleh anggota kumpulan penyeludup ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, Baharuddin maut di tempat kejadian selepas ditembak di bahagian kiri perut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya