Koperal Norihan selesai jalani pembedahan, stabil - Utusan Malaysia

Koperal Norihan selesai jalani pembedahan, stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terselamat dalam serangan berbalas tembakan dengan 13 penyeludup dari Thailand di kawasan 600 meter dari Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar selesai menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad memberitahu, Koperal Norihan Tari, 39, yang parah selepas ditembak di bahagian perut itu, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

“Anggota yang cedera Koperal Norihan dah selamat selesai menjalani pembedahan dan diletak dalam ICU untuk pemantauan rapi. Dia juga berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Koperal Baharuddin Ramli,54, terkorban terkena tembakan di bahagian perut manakala seorang lagi rakannya, Norihan cedera parah dan menerima rawatan HTF.

Malah, keberanian dua anggota tersebut yang tidak berundur dalam berdepan 13 penyeludup sangat membanggakan.

Ketika kejadian dua anggota tersebut sedang melakukan risikan dan rondaan sebelum bertembung dengan kumpulan tersebut yang membawa daun ketum sekitar 500 kilogram dan satu guni ubat batuk.

Sebelum disahkan meninggal dunia, Baharuddin sempat menyuruh Norihan yang cedera itu mendapatkan bantuan dari pos sempadan yang terletak berhampiran. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya