Komputer riba kepada 150,000 murid - Utusan Malaysia

Komputer riba kepada 150,000 murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian.

“Dalam norma baharu ini, pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan.

“Sehubungan itu, kerajaan mengumumkan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan menyumbang sebanyak 150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 buah sekolah,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam ucapan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini..

Menurut beliau, projek rintis ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN