Kluster Jeri dikesan di tiga daerah Johor - Utusan Malaysia

Kluster Jeri dikesan di tiga daerah Johor

R. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengenal pasti satu kluster baharu melibatkan penularan Covid-19 melibatkan jangkitan 26 kes menerusi Kluster Jeri, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kluster berkenaan melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing dan Muar.

Menurutnya, kes pertama bagi kluster ini telah dikenal pasti positif hasil saringan di pintu masuk antarabangsa Singapura pada 6 November lalu.

“Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif daripada kluster ini dan kes-kes ini telah dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Sementara itu, semalam, sembilan kes baharu dilaporkan melibatkan tiga daripadanya melibatkan Kluster Jeri, satu daripada Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) serta lima daripada saringan Covid-19 lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan turut memberitahu, pertambahan kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini sebanyak lima kluster, manakala pengesanan dan saringan kontak rapat masih dijalankan.

Tambah beliau, sehingga 15 November, seramai 1,170 individu telah disaring iaitu jumlah kumulatif kes positif sebanyak 26 kes, 535 adalah negatif dan 609 masih menunggu keputusan.

“Pertambahan kes baharu di negeri ini didapati berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang mula tidak peka tentang keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan memohon kerjasama orang ramai untuk mengamalkan norma baharu iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan diri,” ujarnya.

Vidyananthan juga berharap mana-mana individu yang mempunyai gejala untuk terus mendapatkan rawatan segera bagi mencegah penularan Covid-19 di negeri ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya