Kluster Cergas catat 209 kes baharu di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Kluster Cergas catat 209 kes baharu di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 209 kes daripada 225 kes baharu yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan sehingga pukul 12 tengah hari tadi adalah membabitkan kes dari saringan kluster Cergas.

Saringan kluster Cergas berkenaan dikesan di daerah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan di negeri ini sebanyak 2,679 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 1,706 kes telah sembuh dan discaj, 965 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan kes telah meninggal dunia.

“Terdapat 1,024 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Negeri Sembilan hari ini mencatatkan kes harian Covid-19 kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah yang mencatatkan sebanyak 259 kes.

Sementara itu, menerusi perkongsian situasi Covid-19 di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Port Dickson kini di bawah Zon Merah selepas Seremban apabila mencatatkan sebanyak 41 kes positif.

Daerah lain iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau berada di bawah Zon Kuning.

Manakala, daerah Tampin kekal sebagai Zon Hijau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN