Kluster Bakti di NS, saringan tahanan ke penjara - Utusan Malaysia

Kluster Bakti di NS, saringan tahanan ke penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kluster Bakti yang merupakan kluster keenam aktif di negeri ini dikenal pasti daripada kes seorang banduan yang dilaporkan positif Covid-19 hari ini melalui saringan kemasukan tahanan ke sebuah penjara di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, sehingga kini sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Menurutnya, secara keseluruhannya sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat 29 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 3,944 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 3,127 kes telah sembuh dan discaj, 809 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan kes meninggal dunia.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,326 kes positif Covid-19 adalah merupakan dari Kluster Cergas, 541 kes dari Kluster Kaya, 265 kes dari Kluster Lengkuk, 61 kes dari Kluster Taman Bunga dan 19 kes dari Kluster Oad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veerapan berkata, terdapat 1,825 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

Menurutnya, pertambahan 29 kes baharu hari ini adalah membabitkan jangkitan dalam negara.

Sementara itu, daripada perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan, Negeri Sembilan mencatatkan 96 kes sembuh hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes sembuh yang dicatatkan tiga kali ganda dari kes harian Covid-19.

“Daripada 29 kes baharu yang dicatatkan, 27 kes dicatatkan di daerah Seremban, manakala masing-masing satu kes bagi daerah Kuala Pilah dan Rembau.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya