Kesemua enam PPS di Kedah ditutup - Utusan Malaysia

Kesemua enam PPS di Kedah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kesemua enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kulim dan daerah Kuala Muda ditutup selepas mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak kelmarin dan semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Fadhil Fahmi Zaini berberkata, dua PPS di Mukim Lunas iaitu Surau Taman Sang Kancil yang menempatkan 103 mangsa dan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau seramai 47 mangsa sejak pukul 7 malam Sabtu lalu ditutup pada pukul 3 petang kelmarin.

Sementara itu, katanya, PPS Masjid Sungai Seluang di Mukim Sungai Seluang yang dibuka pada pukul 7.30 malam Sabtu lalu yang menempatkan 106 mangsa ditutup semalam.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang berpindah di PPS Masjid Sungai Seluang ialah seramai 106 mangsa dan tinggal 30 mangsa sahaja sebelum ditutup pada pukul 2 petang tadi (semalam),” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, tiga PPS di Kuala Muda iaitu Masjid Al Abrar Taman Peruda, Surau Kampung Sungai Haji Wahab dan Dewan Masjid Al-Huda Kampung Jerung ditutup pada pukul 2 petang kelmarin

“Ketiga-tiga PPS yang dibuka pada pukul 8 malam kelmarin dan menempatkan seramai 144 mangsa banjir ditutup selepas keadaan banjir di kawasan terjejas pulih sepenuhnya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya