Kesal pasar raya jual tepung berulat - Utusan Malaysia

Kesal pasar raya jual tepung berulat

S. MANIMARAN menunjukkan tepung beras yang dibeli di sebuah pasar raya di Pulau Sebang dekat sini yang telah rosak dan berulat pada 6 November lalu. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang pengguna kesal apabila tepung beras yang dibelinya dan isteri M. Saraveswary, 42, di salah sebuah pasar raya di Pulau Sebang dekat sini, pada 6 November lalu telah rosak dan berulat.

Manimaran, 53, berkata, mereka suami isteri telah pergi ke pasar raya berkenaan dan membuat pembelian barangan dapur termasuk bahan bagi membuat maruku sempena perayaan Depavali pada waktu tengah hari. 

Menurutnya, pada pukul 5 petang, sebaik isterinya mula membuat kuih dan menapis tepung beras timbang yang dibeli di pasar raya berkenaan, terdapat banyak ulat di dalam tepung tersebut.

“Ada ulat yang sudah kehitaman mati, ada juga yang masih hidup dan bergerak-gerak. Terlalu banyak ulat dan mujurlah isteri saya menapis dahulu tepung beras berkenaan sebelum dibuat muruku.

“Saya agak kesal dan segera membungkus semula tepung beras berkenaan serta membuat aduan di pasar raya yang sama pada sebelah malamnya,” katanya ketika ditemui di Jalan Kolam Air, Kampung Baru Tampin, dekat sini semalam.

Manimaran berkata, hasil aduan berkenaan, dia telah dibawa ke tempat tepung beras berkenaan dipamerkan untuk jualan bagi tujuan pemeriksaan.

Menurutnya, pihak berkenaan telah menawarkan ganti serta telah mengambil langkah untuk melupuskan tepung beras yang berulat berkenaan.

“Bagaimanapun, semalam saya bertegas untuk mengadukan kes ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka bagi tindakan selanjutnya.

“Tujuannya hanyalah satu supaya perkara seperti ini tidak berulang kembali dan pihak pasar raya berkenaan juga akan memastikan barangan yang diperoleh dari pembekal benar-benar berkualiti, bersih dan selamat untuk digunakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya