Kes Selangor melonjak babit pekerja kilang - Utusan Malaysia

Kes Selangor melonjak babit pekerja kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor mencatatkan kes baharu positif Covid-19 tertinggi dua hari berturut-turut dengan mencatatkan 1,203 kes. 

Peningkatan di Selangor berpunca pertambahan kes Kluster Teratai, sebanyak 1,067 kes dan Kluster Damanlela sebanyak 101 kes manakala Sabah pula masih melaporkan jumlah kes yang agak tinggi. 

Sabah merekodkan sebanyak 289 kes dan dari jumlah tersebut, 164 kes adalah hasil saringan kontak rapat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes di kedua-dua negeri tersebut meningkatkan keseluruhan kes positif baharu iaitu 1,884 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,659 kes. 

Menurut beliau, terdapat 115 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 48 kes memerlukan bantuan pernafasan dan dua kematian.

“Mengenai Kluster Teratai di Selangor dan Kuala Lumpur yang telah menunjukkan peningkatan kes mendadak iaitu sehingga hari ini, terdapat 2,524 kes positif dari 5,767 kes. 

“Kes dalam kluster ini terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara yang berumur di antara dua hingga 68 tahun di mana kebanyakan kes merupakan pekerja-pekerja kilang di kawasan Meru, Klang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Mengenai empat kluster baharu, Noor Hisham berkata, ia membabitkan Kluster Bintang membabitkan pekerja di sebuah tapak pembinaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan 95 kes positif iaitu 94 kes bukan warganegara dan satu warganegara. 

“Kluster Indah Mas di Titiwangsa dan Kepong, Kuala Lumpur membabitkan 10 kes manakala Kluster Teja Kasih di Kampar dan Kinta, Perak, iaitu 41 kes. 

“Bagi Kluster Kobena di Johor Bahru, ia membabitkan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) iaitu 13 kes positif,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya