Kerja sambilan cari dana sambung pengajian ke Jordan - Utusan Malaysia

Kerja sambilan cari dana sambung pengajian ke Jordan

AHMAD Zakiyuddin Abdul Rahman (tengah) bersama tetamu kehormat serta sebahagian daripada penerima Bantuan Dermasiswa Pengajian ZPP di Perai, Pulau Pinang semalam. Pic ISWAN SHAFIQ ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Selepas menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kira-kira tiga tahun lalu, Lokman Hakim Awang Kechil,20, nekad untuk bekerja secara sambilan sebagai pembantu khidmat pelanggan bagi mengumpul dana menyambung pengajian di Jordan.

Selain menggunakan wang simpanan sendiri, anak kepada penjual nasi lemak dari Penaga dekat sini itu juga bertuah kerana menerima wang sumbangan orang ramai serta wang tunai sebanyak RM2,000 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) untuk tiket ke sana.

“Sebenarnya, kos pengajian di Jordan tidak terlalu tinggi, namun kos sara hidup di sana amat tinggi terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Jadi, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada ZPP kerana menyalurkan sumbangan derma siswa ini kerana amat membantu kelangsungan hidup di Jordan,” kata penuntut tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusteraan di Universiti Yarmouk, Jordan itu.

Lokman Hakim yang juga salah seorang daripada 1,031 penerima sumbangan itu ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Dermasiswa Pengajian ZPP yang  dirasmikan  Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di di sini semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP), Mohd. Zakuan Zakaria.

Pada majlis itu, sebanyak RM5.35 juta zakat fisabilillah secara keseluruhannya diagihkan oleh ZPP kepada para penuntut pelbagai peringkat pengajian merangkumi peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana (master) dan ijazah doktor falsafah (Ph.D). 

Kebanyakan penerima juga melanjutkan pengajian masing-masing dalam bidang berkaitan keagamaan, bahasa dan perubatan di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan serta luar negara termasuk Mesir, Jordan, Maghribi, Rusia dan Indonesia.

Dalam pada itu, Ahmad Ahmad Zakiyuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, pengagihan bantuan itu penting kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan ketika ini.

“Saya percaya dana zakat pendidikan yang diurus tadbir oleh ZPP ini adalah seiring serta bertepatan dengan pelan pembangunan 10 tahun umat Islam Pulau Pinang yang dinamakan ‘Khaira Ummah 2030’,” ujar beliau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya