Kereta BMW terbabas depan tanah kubur

Kereta BMW terbabas dalam parit depan tanah kubur

KERETA BMW terbabas dalam parit di hadapan Tanah Perkuburan Islam Parit Kudus, Parit Kudus, Pontian, Johor hari ini. - IHSAN BOMBA JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pemandu cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas di hadapan Tanah Perkuburan Islam Parit Kudus dalam satu kejadian yang berlaku di Parit Kudus di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Baharuddin Salleh, 31, memandu kereta jenis BMW dan terbabas di dalam parit hadapan tanah perkuburan tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 5.01 pagi.

“Selepas tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah kereta telah terbabas masuk ke dalam parit tersebut. Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh orang awan sebelum bomba tiba.

“Mangsa hanya mengalami cedera ringan. Tindakan operasi kemudian membuat pemantauan untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dan agar keadaan benar-benar selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang cedera kemudian menjalani rawatan di klinik berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya