Kerajaan Pusat perlu lihat semula nasib penggiat industri pelancongan  - Utusan Malaysia

Kerajaan Pusat perlu lihat semula nasib penggiat industri pelancongan 

YEOH SOON HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Pusat digesa menimbang semula peruntukan yang disediakan bagi pemain industri pelancongan dalam Belanjawan 2021. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) negeri, Yeoh Soon Hin berkata, pemberian insentif kepada peniaga di Sabah melalui geran khas tambahan sebanyak RM1,000 misalnya perlu diperluaskan untuk semua negeri.

“Pemberian geran khas ini juga diberikan kepada pemandu teksi, pemandu e-hailing, pengendali kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.  

“Sabah adalah salah satu negeri yang lebih teruk dilanda Covid-19, tetapi sektor pelancongan di seluruh negara sebenarnya turut terjejas akibat dilanda wabak ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Selain itu, Soon Hin turut meminta peruntukan RM10 juta untuk pemeliharaan bangunan warisan diberikan untuk semua negeri.

“Terdapat hampir 3.6 juta penggiat industri pelancongan di negara ini yang hampir menutup operasi dan ramai yang akan kehilangan pekerjaan.

“Dengan kembalinya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), apa yang penting sekarang ialah para pemain industri dibantu untuk mempertahankan perniagaan serta pekerjaan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Pusat juga harus mempertimbangkan pemberian subsidi upah kepada majikan dan berunding dengan bank-bank untuk melanjutkan moratorium. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya