Kerajaan PN perlu segera laksana Belanjawan 2021 - Utusan Malaysia

Kerajaan PN perlu segera laksana Belanjawan 2021

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu segera merancang agar Belanjawan 2021 yang telah diluluskan hari ini dapat segera dilaksanakan termasuk untuk membangun daya tahan ekonomi negara.

Menyifatkan belanjawan kali ini telah melepasi halangan terbesar, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dalam keadaan kepentingan rakyat yang sangat mendesak, Belanjawan 2021 yang telah diluluskan tersebut tentunya sangat dinanti-nantikan.

“Alhamdulillah Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar dan diluluskan demi keutamaan negara dan rakyat. Kemaslahatan rakyat sangat mendesak dan belanjawan yang diluluskan ini insya-Allah adalah intervensi yang sangat dinanti-nantikan. 

“Ini adalah petanda jelas bahawa dalam keadaan sukar sebegini, kepentingan paling tinggi ialah menggandakan kebajikan, menyelamat perniagaan dan membangun daya tahan ekonomi. Kerajaan PN harus segera merancang agar Belanjawan 2021 dapat segera dilaksanakan tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) telah diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini dengan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Sementara itu, menurut Mohamad, selepas Belanjawan 2021 tersebut diluluskan, Ahli Parlimen perlu terus berperanan melakukan semak dan imbang bagi memastikan belanjawan yang diluluskan dilaksana dengan sesegera mungkin dengan efisyen. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya