Kerajaan negeri perlu jawab kehilangan rizab RM1 bilion - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri perlu jawab kehilangan rizab RM1 bilion

Mohd. Najwan Halimi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan berkenaan kehilangan rizab negeri lebih RM1 billion selepas bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat pada 2014.

Ketika membahas Belanjawan 2021, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi berkata,  kehilangan rizab itu direkodkan sepanjang pemerintahan sebelum Datuk Seri Amiruddin Shari mengambil alih pentadbiran. 

Menurutnya, ketika pemerintahan Abdul Khalid, Selangor sangat berbangga menjadi sebuah negeri yang bukan sahaja terkaya, tetapi mempunyai rizab yang terbesar. 

“Kita tentu masih ingat bahawa pentadbiran Abdul Khalid telah meninggalkan sejumlah lebih RM3.3 bilion rizab negeri, namun kini rizab negeri dianggarkan sekitar RM2.4 bilion sahaja.

“Sudah sampai masanya kerajaan negeri memberi penjelasan bagaimana sejumlah lebih RM1 bilion itu telah berkurangan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Najwan berkata, pencerahan kerajaan negeri akan menjernihkan kekaburan yang selama ini wujud dan menjadi perbualan dalam kalangan rakyat Selangor. 

Katanya, ketika Amirudin mengambil alih jawatan Menteri Besar, rizab negeri juga difahamkan berada di bawah RM2 bilion iaitu sekitar RM1.8 bilion sahaja. 

“Kerajaan negeri perlu berpegang teguh di atas prinsip integriti yang baik demi menjamin kepercayaan rakyat dan mempertahan keyakinan pelabur serta komuniti perniagaan.

“Semua usaha penyusunan semula ekonomi, kebijakan dan inisiatif di Selangor tidak akan berjaya sekiranya kerajaan negeri tidak dapat mengesan masalah sebenar yang timbul,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya