Keputusan PKPB tamat atau sambung Jumaat ini - Utusan Malaysia

Keputusan PKPB tamat atau sambung Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri akan diketahui Jumaat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun pelaksanaan perintah itu berakhir 6 Disember, pengumuman akan dibuat awal bagi memudahkan orang ramai membuat perancangan sepatutnya.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian risiko tahap kebolehjangkitan Covid-19 di negeri-negeri atau kawasan terlibat pada minggu ini.

PKPB sebelum ini diumumkan di seluruh negara kecuali Pahang, Perlis dan Sarawak yang bermula 9 November lalu.

Bagaimanapun PKPB di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan lebih awal iaitu pada 21 November lalu namun beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing di Johor masih dikenakan PKPB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN