Kenderaan terkunci secara automatik, bayi terperangkap diselamatkan - Utusan Malaysia

Kenderaan terkunci secara automatik, bayi terperangkap diselamatkan

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang menyelamatkan bayi berusia tiga bulan yang terperangkap dalam kereta di Taman Kota Puteri, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang terperangkap dalam sebuah kenderaan berjaya diselamatkan anggota bomba dalam satu kejadian di Taman Kota Puteri, di sini semalam.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Yusri Atan berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 9.34 malam setelah ibu mangsa sedang mengeluarkan barangan daripada kereta untuk dimasukkan ke dalam rumah.

“Ketika itu, kenderaan jenis Perodua Viva berkenaan terkunci secara automatik (autolock), menyebabkan bayi terbabit terperangkap  selama kira-kira 10 minit.

“Seramai sembilan anggota beserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa lima  minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi tersebut kemudian ditamatkan pada pukul 9.53 malam,” ujarnya lanjut.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya