Kedah mohon pendekkan tempoh PKPB - Utusan Malaysia

Kedah mohon pendekkan tempoh PKPB

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memendekkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, permohonan itu diusulkannya menerusi Mesyuarat MKN Khas yang dijalankan secara dalam talian semalam. 

Menurutnya, MKN wajar mempertimbangkan permohonan tersebut berdasarkan perkembangan semasa seperti jumlah kes positif yang semakin berkurangan, selain kejayaan membendung penularan Covid-19.

“Rasanya tiada masalah untuk PKPB di Kedah ditamatkan lebih awal,” katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada 7 November lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan berkuat kuasa selama empat minggu  bermula 9 November hingga 6 Disember depan.

Muhammad Sanusi menambah, semua kluster di negeri ini telah ditamatkan kecuali Kluster Tembok dan keadaan wabak tersebut dalam penjara semakin terkawal.

Selain Kedah, perkara sama turut dibangkitkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mahu supaya PKPB di negeri itu ditamatkan lebih awal.

Menteri Besar itu berkata, beliau difahamkan keputusan mengenai perkara itu akan diputuskan MKN esok selepas menerima laporan daripada kementerian-kementerian berkaitan.

“Kita juga membentangkan mengenai keadaan di Langkawi di mana 80 peratus sumber ekonominya bergantung kepada pelancongan. Jika PKPB dipanjangkan, maka mereka di Langkawi akan lebih terbeban,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya