Kakak ipar dikhianati adik ipar - Utusan Malaysia

Kakak ipar dikhianati adik ipar

MOHD. WAZIR MOHD.. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Luluh hati seorang kakak ipar apabila dia dikhianati oleh adik iparnya sendiri yang diberi kepercayaan untuk menjadi pengurus sebuah syarikat katering di Bentong dekat sini sejak 2014.

Akibatnya, mangsa yang berusia 51 tahun kerugian wang perniagaan berjumlah RM31,250 yang tidak diserahkan kepadanya oleh adik iparnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof, berkata mangsa melantik adik iparnya bermula 2014 dan semua urusan berkaitan tender makan diuruskan suspek termasuk membabitkan kewangan.

“Skop tugas suspek adalah mengambil tempahan makanan, mengeluarkan invois sebut harga makanan, menerima bayaran tempahan makanan daripada pelanggan serta menguruskan tempahan pelanggan sehingga selesai majlis.

“Dalam kes ini mangsa memberikan kepercayaan penuh memandangkan suspek juga ahli keluarga terdekat sehingga tidak sedar adik iparnya itu mengeluarkan invois atas nama syarikatnya sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, suspek juga meminta pelanggan yang menempah makanan membuat pembayaran secara langsung kepadanya, melalui akaun syarikat miliknya sendiri.

“Sepanjang tempoh 2019 sehingga 2020 beberapa tender tempahan makanan diuruskan oleh suspek dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM31,250,” katanya.

Berhubung kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh mana boleh dipenjara sehingga10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan,” katanya –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya