Jurutera cuba bunuh diri ditemukan dalam keadaan basah - Utusan Malaysia

Jurutera cuba bunuh diri ditemukan dalam keadaan basah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Cubaan seorang jurutera ingin membunuh diri dengan terjun daripada jambatan gagal apabila dia ditemukan dalam keadaan selamat dalam satu kejadian di Jalan Mohd. Sidin di sini malam semalam.

Wanita berusia 34 tahun berasal dari Taman Klang Jaya ditemukan orang awam dalam keadaan basah lebih satu kilometer daripada lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata,  pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki mengatakan terdapat seorang wanita telah terjun ke sungai di kawasan tersebut kira-kira pukul 6.57 petang.

“Bagaimanapun, wanita terbabit ditemukan semula dalam keadaan pakaian basah di tepi jalan berhampiran kawasan kejadian kira-kira pukul 11.30 malam sebelum diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan mendapati, wanita yang masih bujang ingin membunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan.

“Malah, siasatan mendapati wanita yang merupakan jurutera di cawangan Petaling Jaya ini baharu dipindahkan dari Port Dickson tujuh bulan lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN