Johor rekod sembilan kluster aktif - Utusan Malaysia

Johor rekod sembilan kluster aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Johor sehingga kini telah mencatatkan sembilan kluster aktif Covid-19 yang membabitkan di beberapa daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, sembilan kluster iaitu antaranya Kluster Kota Kecil, Kluster Makmur, Kluster Kiambang, Kluster Parit Kassan dan Kluster Jeri.

Selain itu, Kluster Meldrum, Kluster Bayu, Kluster Kempas dan Kluster Padang.

“Sehingga semalam juga terdapat sembilan kes baharu yang dilaporkan di negeri ini yang membabitkan enam kes daripada kluster sedia ada iaitu satu kes import dan dua kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

“Pengesanan kontak rapat dan ujian Covid-19 masih lagi giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah terbabit.

“Peningkatan kes yang dilaporkan sehingga kini, masih lagi disebabkan pencarian kes secara aktif dan aktiviti survelans yang dipertingkatkan bagi mengekang penularan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Vidyananthan, pemerhatian mendapati kerap berlaku apabila kes bergejala tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

Katanya, sekiranya terdapat gejala seperti demam, batuk, sukar bernafas dan lain lagi, dapatkan rawatan dengan kadar segera kerana berkemungkinan dijangkiti Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya