JOHOR BAHRU: Kes Covid-19 di negeri ini semakin meningkat apabila mencatatkan 60 kes hari ini berbanding 30 jangkitan semalam.
Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu Pahat mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 30 kes diikuti Johor Bahru dengan 27 kes.
“Selain itu daerah Kulai dan Kota Tinggi masing-masing mencatatkan dua dan satu kes. Sementara itu, hanya enam kes sembuh dilaporkan hari ini,” jelas jabatan itu.
Antara faktor peningkatan jumlah kes Covid-19 adalah kewujudan satu kluster baharu iaitu Kluster Gemilang melibatkan sebuah syarikat logistik dalam daerah Johor Bahru.
Sehingga kini, sejumlah 95 individu telah disaring di mana 26 kes dikesan positif dalam kluster berkenaan. – UTUSAN ONLINE