Johor Bahru dilanda banjir lagi - Utusan Malaysia

Johor Bahru dilanda banjir lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hujan lebat yang lebat di sini semalam telah menyebabkan 69 penduduk terpaksa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor dalam kenyataan memaklumkan, sehingga pukul 8 pagi, PPS yang dibuka membabitkan kawasan banjir kilat di Johor Bahru.

“Dua PPS yang dibuka itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai, yang menempatkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga

“PPS kedua ialah di SK Kampung Pasir menempatkan 31 orang daripada sembilan keluarga,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di beberapa tempat membabitkan 10 daerah di negeri ini, sehingga petang ini.

Semalam, seramai 155 mangsa banjir dari dua daerah terpaksa dipindahkan ke PPS ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku di negeri ini semalam. 

Kesemua mangsa melibatkan 40 buah keluarga di daerah Johor Bahru dan Pontian. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya