Jemaah meninggal dunia selepas baca doa solat Maghrib

Jemaah meninggal dunia selepas solat Maghrib

IBRAHIM Nasir menghembus nafas terakhir selepas selesai mengaminkan doa solat Maghrib di Masjid Jamek Al-Yahya, Taman Kluang Barat, Kluang malam kelmarin. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang ahli jawatankuasa Masjid Jamek Al-Yahya, Taman Kluang Barat di sini meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat Magrib secara berjemaah kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, siak masjid tersebut, Ibrahim Nasir, 70, menghembus nafas di pangkuan seorang jemaah, Harun Othman, 59.

Harun berkata, sebelum kejadian, mereka setelah selesai menunaikan solat dan secara tiba-tiba dia terlihat Ibrahim melambai-lambai tangan dan segera menghampirinya.

“Ketika itu semua baru selesai solat dan mengaminkan doa dibaca imam, dia minta diurutkan badannya kerana mengadu berasa sakit.

“Dia minta untuk baring di pangkuan saya, saya ikutkan sahaja memandangkan dia dalam keadaan sukar untuk bernafas.

“Saya sempat melafazkan dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, mulutnya mengikut apa yang saya lafazkan sebelum matanya tertutup rapat dan nafas terhenti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Harun berkata, arwah merupakan seorang pesara kerajaan di samping ahli jawatankuasa masjid dan sentiasa melaksanakan tugas dengan amanah dan baik.

Dalam pada itu, isteri Ibrahim, Muslimah Badron, 68, berkata, suaminya bergerak awal ke masjid sebab perlu bertugas untuk mengambil suhu jemaah yang datang untuk menunaikan solat.

Katanya, pada petang kejadian suaminya dalam keadaan baik malah sebelah petang sempat menziarahi seorang warga emas untuk menyampaikan sumbangan sedekah.

“Dia sentiasa berdoa supaya Allah mengambil nyawanya dengan keadaan baik dan mudah, Alhamdulillah doanya Allah sudah makbulkan,” katanya.

Jenazah Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan di sini pada pukul 10 pagi semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya