Jasa tidak wajar jadi unit propaganda, pecah belah rakyat - Utusan Malaysia

Jasa tidak wajar jadi unit propaganda, pecah belah rakyat

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak wajar berperanan sebagai unit propaganda politik seperti mana dinilai banyak pihak sewaktu kewujudannya sebelum ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sekiranya Jasa memainkan peranan sebegitu, maka penubuhannya membelakangkan niat menyatupadukan rakyat apatah lagi dalam tempoh yang amat mencabar ketika ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya peranan Jasa dinilai semula ke arah memupuk perpaduan, bukannya mewujudkan perbezaan dan perpecahan.

“Jika itu tujuan penubuhan Jasa (unit propaganda politik), maka saya percaya dalam tempoh ini yang mana seruan kepada perpaduan dilaungkan, tetapi Jasa pula akan memainkan peranan untuk pecah-belahkan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2021, Jasa yang dibubarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 dihidupkan semula dengan peruntukan sebanyak RM85.5 juta.

Bagaimanapun perkara itu menimbulkan polemik serta rasa tidak puas hati banyak pihak khususnya pembangkang yang mempersoalkan kewajaran unit berkenaan diberikan dana yang disifatkan terlalu tinggi.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang turut melibatkan negeri ini bermula 9 November ini, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menerima hakikat keputusan itu perlu dilaksanakan melihat perkembangan semasa kes jangkitan Covid-19.

“Kerajaan negeri akan bermesyuarat Isnin ini dengan agensi-agensi terlibat bagi melihat aspek persediaan berikutan pengumuman PKPB ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya