Jaringan telekomunikasi perlu penuhi gaya hidup digital - Utusan Malaysia

Jaringan telekomunikasi perlu penuhi gaya hidup digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketika pandemik Covid-19 masih mengancam keselamatan manusia di seluruh negara, jaringan telekomunikasi kini menjadi utiliti ketiga penting.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dalam suasana norma baharu, perkhidmatan secara maya sudah menjadi kelaziman.

Menurut beliau, pembangunan infrastruktur dan penaiktarafan rangkaian asas telekomunikasi adalah perlu bagi menampung keperluan gaya hidup digital.

“Maka, kerajaan memperuntukkan 500 juta ringgit bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara, JENDELA bertujuan memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 buah sekolah di seluruh Malaysia meliputi semua negeri,” kata beliau ketika membentangkan Belajawan 2021.

Kata beliau, pada masa sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan memperuntukkan 7.4 bilion ringgit untuk tahun 2021 dan 2022 bagi memperluas perkhidmatan jalur lebar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya