Jamin bekalan mencukupi sepanjang Deepavali di NS 

Jamin bekalan mencukupi sepanjang Deepavali di Negeri Sembilan 

S. VEERAPAN (dua dari kanan) meninjau harga barangan di sebuah pasar raya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2, Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekalan keperluan asas terutamanya barangan mentah di negeri ini dijamin mencukupi terutama bagi menampung keperluan sepanjang perayaan Deepavali.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, bagaimanapun pengguna diharap tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan adalah mencukupi di semua daerah.

“Setakat ini, kami tidak menerima laporan sebarang aktiviti pembelian panik oleh pengguna. Barangan keperluan harian dijamin mencukupi sepanjang sambutan perayaan Deepavali. 

“Kami akan pastikan barangan mencukupi walaupun Deepavali akan disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2, dekat sini hari ini. 

Sementara itu, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan akan terus melakukan pemantauan harga terutamanya berkaitan barangan keperluan asas di seluruh negeri ini.

“Rakan KPDNHEP yang merupakan mata dan telinga kami dan akan menyalurkan maklumat. Malah, pihak kami turut bekerjasama kerajaan negeri dan agensi kerajaan lain sepanjang tempoh perayaan Deepavali ini. 

“KPDNHEP negeri akan mengadakan pemeriksaan setiap hari sepanjang tempoh perayaan dan sekiranya ada aduan spesifik kita akan memantau dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, sebanyak 32,682 pemeriksaan kedai di negeri ini telah dilaksanakan dalam tempoh PKPB bermula 18 hingga 4 November lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya