Jalan bagai jerangkap samar bahayakan pengguna - Utusan Malaysia

Jalan bagai jerangkap samar bahayakan pengguna

Rim kenderaan selalu bengkok apabila menggunakan jalan raya berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Bukan satu tetapi tiga lubang di atas jalan utama Jerantut-Tembeling berhampiran Taman Embun Jaya di sini bagaikan jerangkap samar yang menanti mangsanya.

Selain berisiko kemalangan akibat tayar kenderaan memasuki lubang ia juga amat berbahaya apabila terdapat kenderaan masuk ke laluan bertentangan tiba-tiba bagi mengelak lubang berkenaan.

Seorang pengguna jalan raya, Mohamed Saifudin Abdul Aziz, 30, berkata, dia yang sering berulang alik di jalan berkenaan dengan motosikal pernah terjatuh ke dalam lubang berkenaan.

“Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan tetapi rim motosikal saya bengkok dan terpaksa diganti baharu, malah ramai lagi pengguna motosikal dan kereta mengalami kerosakan rim.

“Saya sangat bimbang melihat pengguna jalan raya lain terutama ibu bapa yang membawa anak sekolah sehingga dua orang yang hampir terjatuh dan menggelak lubang berkenaan,” katanya yang berasal dari Kampung Paya Teh di sini semalam.

Menurut Mohamed Saifudin, laluan berkenaan sememangnya sibuk kerana menjadi laluan utama ke bandar ini dan laluan penduduk serta laluan pelancong ke Kuala Tembeling.

Katanya, dalam keadaan musim hujan pada masa ini ia juga amat berbahaya kerana pengguna jalan raya tidak nampak lubang yang penuhi air.

Tambahnya, kewujudan lubang berkenaan juga boleh menjadi punca kemalangan apabila banyak kenderaan termasuk lori mengelak lubang dan memasuki laluan bertentangan.

Dalam pada itu, katanya, dia telah membuat aduan kepada pihak berkenaan termasuk Majlis Daerah Jerantut tetapi masih tiada tindakan diambil.

“Saya sudah mengadu kepada banyak pihak tetapi masih sama, saya tidak tahu apa lagi hendak dibuat dan saya juga telah berjumpa pekerja yang membuat jalan tar berhampiran bandar ini dan sanggup memberi duit minyak RM100 bagi mereka menampal jalan tetapi mereka masih sibuk,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya